Easy Gold Chart

Monday, February 7, 2011

HiperInflasi Di Malaysia,Menunjukan Kegagalan Fungsi Matawang Kertas.


Kajian kes: Hyperinflasi di Malaysia (1942-1945)
Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang. Soalannya adakah hyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?

Jawapannya ialah ya. Malaysia sendiri pernah mengalami situasi hyperinflasi ketika zaman penjajahan Jepun.

Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah merekacipta nota bank yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar didalam nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.
Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5 dollar dan 10 dollar. Kemudian penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan. Sesiapa yang tidak mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

Pada permulaan, tentera Jepun mencetak 1Cent
Cetakan ke-2 ,5Cents
Tentera Jepun,mula mencetak yang lebih besar - 10 Dollars
(Duit  Pisang Yang Paling Popular Ketika Itu )

Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang dengan sewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. Contoh yang paling popular ialah duit 10 dollar pokok pisang (gambar diatas). Duit ini dicetak terlalu banyak sehingga menyebabkan hyperinflasi.

Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.


Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula. Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka cuma perlu mencetak wang.




Akibatnya wang Jepun tidak laku. Harga makanan dan lain-lain meningkat dengan banyak. Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan. Waktu itu ramai rakyat Tanah Melayu yang makan ubi kayu sahaja.

Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas propaganda Jepun dengan kata-kata
“WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN”

Ini bagi memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabila
Jepun kalah di dalam peperangan.

Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu wang mereka menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas tanpa nilai.

Saya berharap para pembaca semua dapat menilai,apakah situasi nilai mata kertas yang sebenar,kerana sejarah telah membuktikan kegagalan Sistem Wang Fiat.

No comments:

Post a Comment