Easy Gold Chart

Monday, February 28, 2011

Bursa Mingguan: Pasaran AS dorong ekonomi kukuh

DonkeyMails.com: No Minimum Payout
"Dipetik daripada Berita Harian Online"

Tarikh : 28 Feb. 2011

Faktor pekerjaan, kecairan dan peluang biaya dorong permintaan domestik

PASARAN sekali lagi berdepan peningkatan jualan akhir minggu lalu berikutan pelabur cuba mengurangkan risiko akibat meningkatnya ketegangan di dunia Arab, khususnya di Libya, yang mengganggu bekalan minyak mentah hingga menyebabkan harganya melepasi AS$100 satu tong.

Keadaan itu meningkatkan kebimbangan berlakunya peningkatan inflasi yang mampu memperlahankan pemulihan ekonomi global.
Justeru, penanda aras saham mewah Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) menurun 28.29 mata atau 1.86 peratus minggu lalu untuk berada pada 1,489.27 mata, terendah dalam dua bulan dengan Axiata (-27sen), MISC (-73sen), KLK (-RM1.82), CIMB (-17sen) and Sime Draby (-18sen) mewakili dua pertiga daripada indeks rugi.
Purata dagangan harian dan nilai berkurang kepada masing-masing sebanyak 1.73 bilion saham dan RM2.11 bilion berbanding 1.77 bilion saham dan RM2.12 bilion minggu sebelumnya.

Ketegangan di Asia Barat dan Afrika Utara (MENA) membangkitkan semula kebimbangan mengenai harga minyak yang tinggi, memburukkan tekanan inflasi dan mengurangkan kuasa beli yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi global yang baru bermula.

Keadaan semakin buruk apabila rusuhan merebak ke Libya, satu daripada 12 negara OPEC, yang memberikan sumbangan 5.4 peratus daripada kartel minyak mentah dengan pengeluaran 29.4 juta tong pada bulan lalu.

Walaupun pengeluaran minyak Libya sebanyak 1.6 juta tong sehari tidak besar berbanding bekalan dunia sebanyak 89.6 juta, berita mengenai serangan ke atas kemudahan minyak membawa kepada kebimbangan bahawa ketegangan akan berpanjangan dan kemungkinan serangan sama akan berlaku di kemudahan minyak lain. 
Kebimbangan rusuhan merebak ke negara pengeksport penting lain seperti Arab Saudi, Iran dan Iraq yang memberi sumbangan 29 peratus, 13 peratus dan sembilan peratus daripada bekalan OPEC boleh menyebabkan harga minyak dan pasaran ekuiti global tidak menentu, termasuk Malaysia.

Dalam keadaan tidak menentu ini, ia boleh menjadi peluang belian jika situasi di Libya tidak berlanjutan. 

Bagi sesetengah pelabur, ia menguntungkan untuk bersikap tamak ketika orang lain lebih berhati-hati.

Perlu diberi perhatian, Arab Saudi sudah berjanji menyuntik sebanyak AS$35 bilion dalam pelbagai kemudahan sosial untuk mengelak krisis dan bersedia membekalkan minyak untuk memenuhi kekurangan bekalan minyak mentah dunia.
Perdagangan antarabangsa boleh menghambat ekonomi negara tahun ini dan menyebabkan persekitaran ekonomi global tidak menentu.

Namun, keadaan pekerjaan yang menarik, kecairan mencukupi dan peluang pembiayaan murah dijangka membawa kepada permintaan domestik yang kuat dengan pertumbuhan enam peratus tahun ini apabila pelaburan dan penggunaan swasta berkembang.

Pengukuhan ringgit juga dapat menyerap inflasi. Disokong ekonomi yang mantap, harga komoditi yang menarik dan pertumbuhan pendapatan korporat, masih banyak sebab untuk mengumpul saham mewah dalam sektor seperti perbankan dan perladangan selain syarikat bermodal kecil dan sederhana dalam sektor lain seperti minyak dan gas, hartanah dan automotif.

Tinjauan teknikal memperlihatkan bulan spot kontrak hadapan KLCI bagi Februari diniagakan di Bursa Malaysia Derivatives Bhd jatuh 33.5 mata atau 2.2 peratus kepada 1,482.5, merosot sebanyak diskaun 6.77-mata kepada indeks tunai berbanding diskaun 1.56-mata pada Jumaat sebelumnya.

Kecairan panjang dan jualan panik memaksa bulis mengurangkan kerugian pada kedudukan dagangan hadapan mereka.

Indeks FBM-EMAS rugi 282.42 mata atau 2.7 peratus minggu lalu pada 10,226.16 mata, manakala Indeks FBM-Small Cap jatuh 580.09 mata atau 4.4 peratus kepada 12,537.6.

Petunjuk stochastics harian perlahan bagi KLCI susut ke paras lebih jualan berikutan jualan minggu lalu, menunjukkan keadaan teknikal awal lebih jualan yang boleh mencetuskan lantunan semula minggu ini.

Walaupun aliran petunjuk untuk KLCI terus lemah, bacaan lebih jualan awal pada petunjuk momentum mencadangkan lantunan semula teknikal pada minggu ini.

Selain itu, pengukuhan dalam pasaran AS Jumaat lalu yang didorong data ekonomi yang lebih kukuh dan pendapatan korporat sepatutnya merangsang sentimen serantau dan menyokong pemulihan awal minggu ini. 


untuk paparan sebenar..para pembaca boleh klik Disini

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada pendapat saya yang tak berape tauliah sgt pasal ekonomi nih..ketegangan di Timur tengah mencetuskan polemik kenaikan harga minyak..menjurus ke arah pengurangan kuasa beli & peningkatan kadar inflasi,
bagaimana pon kemampanan ekonomi Malaysia dapat menyerap kadar inflasi tidak melambung tinggi, kerana Malaysia juga negara pengeluar Petroleum. Saranan saya..bagi mengelakan "Trajedi Pengurangan Kuasa Beli"
Bermulalah daripada sekarang..melabur di dalam emas..

No comments:

Post a Comment