Easy Gold Chart

Sunday, January 23, 2011

Rahsia Pelaburan Emas




Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada Anda

Ok hari ini saya akan berkongsi dengan Anda semua tentang topik ini keistimewaan emas iaitu emas tidak boleh dimanipulasikan. Saya berharap topik ini akan membuka minda anda.
MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas.

Setelah membaca faktor-faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan harta sebenar.

Jadi saya berharap agar anda memilih untuk menyimpan emas.
Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Kuantitinya juga tidak boleh ditambah dengan mudah. Emas perlu dicari, dilombong dan ditulenkan dan dibentuk. Ini adalah proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara.

Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.


Search Engine Submission - AddMe


Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan symptom hyperinflasi dan akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak terus oleh rakyat.

Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang sah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh memanipulasikan nilai emas.











No comments:

Post a Comment