Easy Gold Chart

Monday, January 24, 2011

Rahsia Pelaburan Emas : Kejatuhan Sistem Matawang ( Fiat)



Sebagai Contoh kita lihat Hiper inflasi yang berlaku di negara Zimbabwe

Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Amerika Selatan, Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke 21 yang dirundung masalah hyperinflasi.


Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yang bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.

Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!




Dengan duit yang berkeping-keping..hanya mampu membeli pisang?


Kerakusan Pemimpin Zimbabwe mencetak wang kertas sesuka hati dan tidak bersandarkan dengan emas disamping tidak selari dengan ekonomi negara tersebut telah menjatuhkan negara Zimbabwe ke Hiper Inflasi

Ape pon..bukan negara Zimbabwe sahaja yang pernah mengalami Hiper inflasi..

Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini: Kat Sini



No comments:

Post a Comment