Easy Gold Chart

Thursday, February 24, 2011

Perbandingan Diantara Pelaburan Emas Fizikal

Public Gold

  • Emas fizikal
  • Segala kos ditetapkan tiada caj tambahan
  • Caj pengangkutan dan insuran dikenakan jika proses penghantaran dilakukan di luar negeri.
  • Modal pecahan 5%-6%

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Akaun Pelaburan 'Public' Bank

  • Tiada emas fizikal
  • Yuran tahunan RM10
  • Kuantiti emas jika kurang dari 10 gram pada 31 Disember setiap tahun akan dikenakan caj perkhidmatan RM10 setiap tahun.
  • Modal pecahan 3%-4%



Akaun Pelaburan 'Maybank' Bank


  • Emas fizikal disediakan tetapi penambahan caj pertukaran.
  • Caj pertukaran termasuk kos pembuatan, pengangkutan dan insuran dari Switzerland.
  • ¼% yuran perkhidmatan setiap bulan.
  • Modal pecahan 8%
----------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimanapon..pilihan terpulang kepada anda..saya cume menyarankan ,pelaburan emas fizikal lebih baik..kerana kelebihan memiliki emas fizikal dengan bantuan teknik-teknik manipulasi emas untuk
melipatkan gandakan keuntungan $$$..dalam masa yang singkat.

Wednesday, February 16, 2011

Rahsia Pelaburan Emas : Emas Adalah Wang

  1. Emas adalah wang kerana ianya mudah diurusniaga dan dijual sama ada pada harga belian atau jualan serta mudah dibawa dan mempunyai pertukaran harga yang cukup tinggi.

  2. Emas adalah wang kerana ianya diciptakan untuk dipecahkan sama ada menjadi syiling ketulan bar tanpa merosakkannya kerana ianya adalah emas asli .999 (99.9% asli) dan ianya amat bertepatan dalam melakukan mana-mana urusan dengan lebih mudah. Emas juga mudah diminati dan dikenali kerana setiap berat dikira atau ditimbang untuk menentukan harga pasaran yang sebenar.

  3. Emas adalah wang kerana mudah untuk disimpan tidak mudah berkarat, reput atau busuk kerana ianya mempunyai nilai yang tersendiri dan mmpunyai nilaian yang amat tinggi diseluruh dunia sebagai sebuah barang mewah dan ianya menjadi eleman yang amat penting dalam industri besi terutama teknologi perbuatan Ini juga emas juga diterima diseluruh dunia sejak turun temurun lagi.

  4. Emas juga sentiasa dikaitkan dengan pertukaran matawang asing dantidak perlu diperkatakan, dinilai harganya dan dijamin tahap keselamatan oleh kerajaan

  5. Sebagai bentuk pelaburan, emas dilihat sebagai asset kewangan yang boleh mempertahankan harga ketika suasana ekonomi, politik dan sosial semasa dan emas juga dilihat sebagai sebuah institusi pelaburan yang selamat. 

Sunday, February 13, 2011

Mengapa Anda Perlu Menyimpan Emas?

Kenapa Melabur Dalam Emas Fizikal?PDFCetakEmel

10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2) Emas sering diperkatakan setiap hari.
3) Pelaburan emas adalah selamat.
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
10) Emas sudah diperkakui sejak turun temurun lagi.
Pesanan saya:


Bertindaklah sekarang,sebelum terlewat,..Hubungi saya Rafie di talian 013-2598006, untuk menempah ketulan
emas milik anda sekarang.
atau
anda boleh klik Disini.



Monday, February 7, 2011

Kejatuhan Sistem Wang Fiat : Apakah dimaksudkan Inflasi,Deflasi,Stagflasi

Assalamualaikum..& Salam 1 Negara kepada anda & pembaca semua..


Topik nih menjelaskan maksud-maksud penting dalam ekonomi sesebuah negara,ramai yang biasa dengar ceramah /seminar pelaburan emas..sebutan inflasi..inflasi..emas tiada inflasi..tapi apakah definasi inflasi itu tersebut?


Inflasi:


Peningkatan bekalan mata wang.Ini menjadikan mata wang itu perlahan-lahan kehilangan nilai & harga barangan mulai meningkat.Ia sentiasa berlaku walaupon ketika anda sedang membace blog nih..




  • Duit ade banyak..tapi masih tak mampu nak beli sebuah peti televisyen. 




Deflasi:


Perkara yang berlawanan dengan maksud inflasi, ini bermakna kekurangan bekalan mata wang, disamping lambakan barangan dipasaran,menjadikan harga barangan mulai semakin jatuh/murah.


Deflasi berlaku ketika"Masalah Ekonomi Besar " di America & seluruh dunia merasai deflasi.




  • Televisyen PlasmaLCD bernilai RM1000 jer...tapi takde nk duit nak beli..
Stagflasi: <------ Jarang-jarang kiter dengar perkataan nih..

Ekonomi kekal statik, bermaksud tempoh perkembangan ekonomi yang lembab ditambah pula kadar inflasi yang meningkat & pengangguran yang tinggi.

  • Kalo semua orang simpan duit kt bank dan pihak bank pula kurang membuat pelaburan, kurang memberikan pinjaman ,menjurus kadar faedah/dividen kepada yang kecil.
  • Kata lain,pihak bank gagal memberikan pulangan yang tinggi(kegagalan pelaburan: mcm Sime Darby )
  • Ibarat anda menyimpan duit bawah bantal..tidak memberikan fedah/dividen,ini menjurus ke stagflasi
 Bagi memudahkan pemahaman para pembaca semua..di sini sertakan kan video dokumentari mengenai muslihat wang kertas dalam ekonomi zaman sekarang ini...









HiperInflasi Di Malaysia,Menunjukan Kegagalan Fungsi Matawang Kertas.


Kajian kes: Hyperinflasi di Malaysia (1942-1945)
Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang. Soalannya adakah hyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?

Jawapannya ialah ya. Malaysia sendiri pernah mengalami situasi hyperinflasi ketika zaman penjajahan Jepun.

Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah merekacipta nota bank yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar didalam nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.
Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5 dollar dan 10 dollar. Kemudian penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan. Sesiapa yang tidak mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

Pada permulaan, tentera Jepun mencetak 1Cent
Cetakan ke-2 ,5Cents
Tentera Jepun,mula mencetak yang lebih besar - 10 Dollars
(Duit  Pisang Yang Paling Popular Ketika Itu )

Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang dengan sewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. Contoh yang paling popular ialah duit 10 dollar pokok pisang (gambar diatas). Duit ini dicetak terlalu banyak sehingga menyebabkan hyperinflasi.

Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.


Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula. Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka cuma perlu mencetak wang.




Akibatnya wang Jepun tidak laku. Harga makanan dan lain-lain meningkat dengan banyak. Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan. Waktu itu ramai rakyat Tanah Melayu yang makan ubi kayu sahaja.

Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas propaganda Jepun dengan kata-kata
“WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN”

Ini bagi memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabila
Jepun kalah di dalam peperangan.

Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu wang mereka menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas tanpa nilai.

Saya berharap para pembaca semua dapat menilai,apakah situasi nilai mata kertas yang sebenar,kerana sejarah telah membuktikan kegagalan Sistem Wang Fiat.

Saturday, February 5, 2011

Video Pelaburan Emas :Simpanlah Emas,..Dapat Pulangan Yang Tinggi & Bebas Inflasi

Assalamualaikum & Salam 1 Negara untuk para pembace semue...


Kat sini..saya mendedahkan beberapa video clip yang membicarakan tentang Simpanan Emas Sebagai Medium Pelaburan.Ulasan oleh Dato,Salleh Majid bekas pengerusi BSKL dalam rancangan TV3 ,Bijak Wang



Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Hm..Nampaknyer,TV Selangor pon ade Isu pasal Pelaburan Emas..Korang boleh tengok kt Sini Ye..



DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Tuesday, February 1, 2011

Rahsia Pelaburan Emas : Buku Pelaburan Emas ( GIA & GSP )


Assalamualaikum..Para pembace & kawan-kawan semue..

ha..hari ni..syukur saya...pada Allah kerana telah dimudahkan uruskan..dan dpt jugak seorang pembeli..
saya dah jual emas PG 20g dengan harge menarik..heheh..

kali nih..sy nk berkongsi..pengalaman la..tentang nk bukak buku bank pelaburan emas nih..
saya pergi ke Public Bank di Banting..
ceritenyer macam nih...

Pegawai bank tuh mintak IC saya..pastu dia cakap  " Encik tak boleh buat kt sini..sbb IC encik dari Klang..so encik kene pegi kt sane"
Solutionnyer kalo sy nk bukak acct nih..sy kene dptkan surat pengesahan jawatan bagi membuktikan saya berkerja di Banting..itulah kate bank officer tuh..( WTF betul...dah aku terpakse panjat HR ..mintak surat pengesahan jawatan pulak..Lecehhh)


Cerite Pasal Bank yg satu lagi tuh..member saya keje bank,,tuh..die pulak cakap.."pergh hari nih customer ramai la..nko dtg lain kali ajelah bukak buku bank emas nih..."
( Biaser lah..Bank Cap Rimau...mmg selalu bizi jee)


Cerite pasal buku nih..duit yg disimpan adalah dalam bentuk berat Gram emas..
kalo pakai buku nih..cara nak menyimpan nyer kene sebut " saya nk simpan 10gram emas hari nih "
so nnt..pegawai bank tuh akan mintak duit korang..yang sama nilainyer dlm bentuk 10gram emas

contoh kalo 1gram = RM 120( Buy )..so..korang bayar lah,,RM1200..
katakan dlm 1 bulan nilai emas segram menjejak RM125..so nilai duit jorang pon akan jadik RM1250
tapi belum tentu korang dah untung RM50 ..sbb masih ade spread yg perlu dikira..& servis charge ( faedah ) yg pihak bank kenekan...

so kat sini..bagi pengamal buku bank pelaburan emas..diorang masih terikat dengan harge Spread..ini berbeza dengan penjual emas fizikal..hehehhe

lagipon..pengamal ilmu pelaburan buku emas nih..diorang tak dpt pegi pajak buku emas diorang..pastu kalo buku tuh dibawa pegi luar negare macam pelarian vietnam dulu..mesti jugak buku bank nih tak laku agaknyer..hehehe..

dari nilai Islam jugak...hukumnyer diragui..sbb..barang emas yang dibeli tuh..pihak bank tak dapat nk sediakan..macam KFH ( Kuwait Finance House ) ..( Bank pelaburan Buku Emas jugak )..sy unjurkan kalo korang nk bukak buku bank emas nih..KFH mengikut syariat..

Tapi Emas KFH nih..pon ade satu masalah sikit..sbb..Emas nyer telah di salut palstik...kalo korang bukak salut pastik tuh..bermakne emas nih jadik Used gold ( terpakai ) & tidak dara lagi..heheheh..so pihak Bank KFH katanyer tak beli..so korang terpakse carik medium lain bagi nk mencairkan emas korang dlm bentuk duit kertas..contoh macam jual kt kedai emas,tukang emas,..tapi..macam biaser lah..cariklah Spread yg terendah untuk korang menjual emas nih..

sbb ape tak bukak palstik?..sbb diorang tak nak benarkan korang pajak emas nih.
tak pon..cube korang tgk kt bawah nih..

Kelemahan

1. Memandangkan anda tak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash. Kalau anda pajak emas fizikal, sebarang kenaikan harga emas akan menguntungkan kerana emas tersebut masih milik anda.
2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas nie.
3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.

DonkeyMails.com: No Minimum Payout