Easy Gold Chart

Friday, May 27, 2011

Tafsir Mimpi Kitaran Nabi Yusof Mengenai Ekonomi

Ape kabar para pembace semue..dah lame rasenyer tak menulis blog nih..
tapi hari nie..saya nak berkongsi maklumat yang agak penting jugak
engkorang penah dengan JOSEPH CIRCLE?
ha..elok lah buat research sendiri..sebab kalo belaja kat universiti pon lecture tak nak
bagi ilmu tu bulat2..pepandai la enkorang carik sendiri..supaya engkorang semua tak lupe
akan ilmu yang di carik..

ape pon info di adalah dipetik dari satu blog lain..berikan credit pada pemilik asal info nih..


"Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang yang mengutusku itu, agar mereka mengetahuinya."

Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh musim(lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh musim yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.

Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur." (Surah Yusof : 46-49)


so..Pemilik asal info ini..telah membuat kajian ape yang telah berlaku di Malaysia..berikutan catatan sejarah di atas..



Ayat ini menerangkan tafsiran daripada Nabi Yusuf semasa beliau di dalam penjara keatas mimpi Raja Mesir. Raja mesir bermimpi tentang 7 ekor sapi betina yang gemuk dan 7 ekor sapi betina yang kurus serta 7 butir gandum yang hijau dan 7 butir gandum yang kering.

Tafsiran tentang Mesir akan berhadapan dengan 7 tahun musim kemarau yang teruk selepas 7 tahun musim subur serta nasihat dari Nabi Yusof yang meminta Mesir menyimpan hasil makanan untuk menghadapi musim kemarau berjaya menyelamatkan Mesir daripada menerima kesan buruk akibat kemarau tersebut dan natijahnya, Nabi Yusof telah dibebaskan dari penjara dan dilantik sebagai pembesar Mesir.

Dari ayat ini juga dapat kita lihat mukjizat Al-Quran iaitu menceritakan tentang sejarah masa lampau dan hasil dari pengkajian mendalam terhadap ayat ini jugalah merungkai satu lagi bukti mukjizat al-Quran iaitu menceritakan tentang perkara yang akan berlaku.

7 tahun subur dan 7 tahun kemarau serta 7 tahun yang subur semula telah berlaku pada hari ini dalam bentuk ekonomi dunia. Kronologinya, saya tunjukkan melalui kitaran ekonomi di Malaysia bermula pada tahun 1969.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1969-1975 (6+ tahun) > Selepas pilihanraya, berlakunya peristiwa 13 Mei hasil ketidakseimbangan stratifikasi ekonomi kaum di Tanah Melayu yang seterusnya melihat DEB diperkenalkan serta FELDA dan FELCRA diperkenalkan. Pada waktu ni mmg susah beb. Disebabkan ekonomi negara yang telah disetkan penjajah dari awal, kesannya, negara mengalami kitaran kemarau ekonomi. Korang sure tau keadaannye mcm mn. Tgk crite Spiderman Bilut. Ade la ditunjukkan sket keadaan pada waktu permulaan FELDA diperkenalkan. Teroka tempat jin bertendang!

::Kitaran Subur/Bull Run::
1976-1982 (6+ tahun) > Hasil FELDA dan FELCRA dikeluarkan dan pada waktu ni, harga getah melambung tinggi. Begitu juga dgn kelapa sawit. Waktu ni, sape2 yang usahakan kebun getah, duit seringgit kertas tu buat untuk gulung tembakau, pastu cucuh api, isap. Korang nak try buat time skarang. Try la gulung seringgit, buh tembakau, pastu isap kat Subaidah dan buat muke poyo blagak gila (tapi aku rasa, dengan kenaikan harga rokok skarang, kepada sape2 isap rokok tu, rasenya same la mcm org dulu tu yg bubuh tembakau dalam gulungan duit dan bakar. Kire la sendiri sebatang rokok harga brape skarang)

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1983-1989 ( 6+ tahun) > Waktu ni berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan pengangguran banyak berlaku kat Malaysia. Harga getah yang tinggi dah jatuh serendah rendah nye menyebab yang isap rokok pakai duit kertas kembali kepada daun kelapa. Rizalmat, membe sekelas aku suka isap rokok daun. Mcm org tua.

::Kitaran Subur/Bull Run::
1990-1996 ( 6+ tahun) > Economic boom di Malaysia ketika Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai menteri kewangan dan TPM yang menunjukkan kadar kenaikan ekonomi sebanyak purata 8% setahun. Waktu ni, korupsi pun tak banyak berlaku lagi dalam kerajaan.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1997-2003 (6+ tahun) > Waktu ni, usah dikenang la. Kesan dari permainan matawang oleh Pakcik Soros menyebabkan berlakunya kejatuhan matawang disamping kemelesetan ekonomi yang teruk. Pengangguran bersepah, ramai pekerja kena buang. Kompeni baru nak bangun jatuh tersungkur, kompeni yg besar terpaksa dikecilkan utk kurangkan kos. Beberapa negara terpaksa meminta bantuan IFC yang sememangnya merupakan bala kepada bala yang sedia ada (mase ni aku tabik che det sebab pendirian dia taknak minta bantuan kepada IFC). Korang tengok kesannya kepada Indonesia sudah..

::Kitaran Subur/Bull Run::
2004-hujung 2008 (4 tahun) > Kebanyakan industri pulih selepas serangan matawang. Di Malaysia, trend side income dengan buat MLM dah menjadi semakin popular kerana ramai dah sedar tentang keperluan mencari extra income setelah menghadapi kesan ekonomi 97-03. Ekonomi semakin kukuh. Pada hujung 2007 lalu, dapat dilihat nilai index ditutup pada kadar yg paling tinggi dalam sejarah Malaysia (bukan dunia eaa). Sape yang melabur kat unit trust ke, mmg buat duit.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
2009-2016?-Kejatuhan 2 syarikat kewangan US mula memberi kesan yang sgt dasyat. Kejatuhan indeks saham serta matawang berlaku diseluruh dunia. Berguling sape yang main stock market. Pakar ekonomi US mengatakan bahawa kejatuhan ekonomi pada waktu ini adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku pada tahun 1930 (Great Depression) dan ianya akan berlanjutan sehingga 4 ke 7 tahun. Waktu ni jugalah yang dikatakan akibat daripada BABY BOOM di US selepas World War 2.Korang dah bersedia??Aku gred pada waktu ekonomi meleset..Start menyimpan sepanjang kejatuhan ekkonomi ni.

::Kitaran Subur/Bull Run::
2017-2023 - Ekonomi pulih semula. No wonder la Che Det duk kata wawasan 2020 pada waktu tampuk pemerintahan dia dulu. Wawasan 2020 dapat dicapai la bila ekonomi global seimbang dan stabil dan pertumbuhan ekonomi negara pula memberangsangkan setiap tahun. "Start membeli pada awal bull run dan start menjual pada pengakhiran bull run". Taktau la lepas ni trend ape plk yang tumbuh kat Malaysia. Lagi byk la skim 4D, MLM, tumbuh agaknye.

Daripada kronologi ekonomi yang terjadi kat Malaysia ni, jelas lah bahawa Kitaran Nabi Yusof terbukti dan seterusnya dapat membantu kita meramalkan tentang waktu kenaikan serta kejatuhan ekonomi supaya kita bersedia untuk menghadapi recession yang semakin teruk.
Pesanan Saya : Maka..Simpanlah Dinar Emas &  Dinar Iraq
Rafie Yacob : 0132598005
Miliki Emas Sebagai Pelaburan Anda..Sekarang.