Easy Gold Chart

Monday, January 31, 2011

Rahsia Pelaburan Emas : Islam & Emas

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada Pembace semueeee...

hm..dengar ceritenyer..Johor Banjir lagi..ha kalo gitu ini sume akan membagi kesan pada belanjawan pada ekonomi Malaysia,mesti lah goverment kene kuakan duit dana bantuan utk negeri johor nnt..
sedikit sebanyak memberi impak jugak pada pasaran emas di Malaysia nie..

Topik hari nih...berkaitan Islam dan Emas..rasenyer sume orang tahu pasal..Emas adalah matawang yang mengikut syariat..meh kiter find out..Hadis-hadis yg bersangkutan dengan Islam..






  1. “ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK.” – Ibnu Khaldun -


Hm...sebenarnyer banyak lagi Hadis yg membicarakan tentang Emas dalam agama Islam..tapi agak kurang elok kalo saya..meletakan terlalu banyak hadis kt dlm blog nih..
kerana..ade yang berpendapat saya hipokrit menggunakan Hadis sebagai melariskan jualan saya nnt..
ape pon..2 petikan diatas akan diharap dpt membantu pembace semua tentang penyimpan emas nih..

Thursday, January 27, 2011

Rahsia Pelaburan Emas : Kecairan Nilai Emas..( Aset yg mudah cairrrr...)

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada Pembace semueeee...

Hari nie..Syukur..dpt jual sekeping 20g emas Publicgold hari nie...
hehe..dpt jual harge tinggi..kalo anda minat nk jadik agent publicgold mcm saya...
jgn teragak2..contact saya..di talian 013-2598006..

oklah..utk rencana pelaburan seterusnyer..anda boleh membace disini..



Tahukah para pembace semue, bahawa emas adalah aset yang terunggul. Hari ini saya nak berkongsi ilmu mengenai emas sebagai aset yang terunggul.
Emas adalah aset yang terunggul.

Satu lagi keistimewaan emas ialah ia merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair.

Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan mudah dengan menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu (contohnya Ar-Rahnu Agrobank, Ar- Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim dan banyak lagi).


Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% - 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.

Menyimpan emas memang menguntungkan.

p/s:kalo..nilai pinjaman lagi tinggi dari nilai emas yang engkorang beli dulu..maksudnyer engkorang sume dah untung la..contoh

beli = RM3000
pajak kt agro bank dpt = RM3800....
untung .woooooo....





Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada Anda

Ok hari ini saya akan berkongsi dengan Anda semua tentang topik ini keistimewaan emas iaitu emas tidak boleh dimanipulasikan. Saya berharap topik ini akan membuka minda anda.
MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas.

Setelah membaca faktor-faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan harta sebenar.

Jadi saya berharap agar anda memilih untuk menyimpan emas.
Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Kuantitinya juga tidak boleh ditambah dengan mudah. Emas perlu dicari, dilombong dan ditulenkan dan dibentuk. Ini adalah proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara.

Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.


Search Engine Submission - AddMe


Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan symptom hyperinflasi dan akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak terus oleh rakyat.

Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang sah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh memanipulasikan nilai emas.